SELAMAT DATANG DI BLOG PABBSI SEMOGA SUKSES MENYERTAIMU


Selasa, 19 April 2016

Taburan Lemak Pada Wanita

Perempuan dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri. Ada bentuk badan seperti pisang, ada seperti epal, ada seperti pear, ada seperti hourglass atau gitar, ada seperti durian dan sebagainya. Penyebaran lemak pun berbeda-beda. Ada di belakang tangan, ada di pinggul, ada di buah dada, ada di leher dan sebagainya.
Bentuk Badan Perempuan
Jika jaga makan atau berdiet sekali pun, ada bahagian yang lambat turun. Ada tempat yang senang turun. Betul dak tu? (ketika ini, ramai yang angguk tanda setuju)
mari kita Lihat taburan lemak mengikut tempat:
Pinggang – Jika lemak anda naik di bahagian pinggang atau dalam sebutan biasa disebut cupcake, love handle dan sebagainya, anda seorang yang cenderung merembeskan insulin. Secara semulajadi anda tinggi insulin. Jika anda nak bakar lemak tersebut, anda perlu jaga kuantiti makanan tinggi gula seperti nasi, air bergula dan sebagainya.
Peha – Jika lemak anda naik di bahagian bawah badan, menunjukkan paras estrogen anda tinggi. Elakkan makanan yang mungkin mencetus peningkatan estrogen seperti produk soya, susu, kopi dan sebagainya.
Perut – Biasanya disebabkan lebihan kortisol dirembeskan. Kortisol dirembeskan disebabkan tekanan atau stress. Ia juga terjadi disebabkan paras progesterone menurun. Banyakkan senaman meditasi seperti yoga untuk menurunkan tekanan anda.

Trisep – Lemak naik di bahagian belakang lengan anda. Melambai-lambai. Ia menunjukkan paras testosterone yang rendah selain lebihan insulin. Makan makanan meningkatkan testosterone seperti avocado, minyak ikan, ikan salmon dan sebagainya. Anda juga perlu buat latihan bebanan membina otot untuk bahagian trisep dengan 8 hingga 12 ulangan setiap set. Bukan buat latihan bakar lemak iaitu 15 ulangan ke atas.
Bahagian Belakang – Lemak berkumpul di bahagian atas belakang anda berikutan paras insulin yang tinggi dan paras thyroxine yang rendah. Thyroxine mengawal kadar metabolisme anda. Tambahkan makanan seperti makanan laut, sayur hijau seperti bayam dan sebagainya untuk meningkatkan metabolisme anda.
Bawah Betis – Lemak naik di bahagian bawah betis biasanya disebabkan kekurangan hormon tumbesaran. Dapatkan tidur yang mencukupi berikutan hormon tumbesaran dirembeskan semasa tidur.
Rujukan 
Bergabunglah Bersama PABBSI Selain berolahraga untuk kesehatan untuk membentuk Tubuh di sana kita juga bisa meraih prestasi sebagai Atlet dan dapat mengharumkan nama kita, nama daerah. Hingga Negara.
   Dari pertanyaan yang diajukan kepada beberapa wanita, yakni mengapa banyak wanita tidak fitness atau latihan beban? hampir semua menjawab, takut badannya menjadi besar (seperti atlet binaraga) akibat latihan beban.
Jawaban di atas sebenarnya tidak salah, karena ternyata masih banyak wanita di luar sana yang belum memahami bagaimana sebenarnya manfaat latihan beban bagi tubuh mereka. Hal ini diperparah dengan beredarnya mitos-mitos miring yang membuat wanita semakin takut untuk latihan beban.
Sekarang mari kita lihat bagaimana latihan beban memberikan dampak positif bagi tubuh Anda.
"Salam Olahraga"